Kelakar tapi pedas sungguh sindiran ni. Buat Mat Yo, anggaplah segala sindiran sebagai api pembakar semangat untuk terus membawa JDT ke mercu kejayaan. Buktikan pada semua bahawa kejayaan JDT bukan disebabkan oleh habuan menggunung, tapi atas semangat kesukanan untuk melihat JDT sebagai kuasa bola sepak Malaysia. Mama pun tak faham kenapa game JDT semalam kaku semacam. Ramai kata kesilapan Fandi mencatur kesebelasan utama JDT, pas tu bila TRW gol sebijik, dia terus melatah lalu terus keluarkan pemain. Entahlah, mama suka tengok bola tapi tak reti main pun. Cuma dari kaca mata mama, TMJ dah melabur begitu banyak membeli pemain mahal-mahal, tapi kenapa perencananya hanya bekas pemain yang belum terbukti kehebatannya sebagai jurulatih? Apa salahnya, TMJ amek Alex Ferguson... amek kaw! Baru terbeliak mata, keluar MU masuk JDT!

Pagi tadi kakak Iman ambil periksa SRA Integrasi dari pukul 830 sampai 1030 pagi tapi kelas kakak pukul 11 baru habis exam, tak tau kenapa lewat sangat agaknya... boleh jawab sangat atau langsung tak menjawab sampai cikgu kena tunggu dan beri extra masa!
Lepas exam mama tanya kakak, boleh jawab ke? Takkkk..
Bahagian mana, kan mama dah ajar... jawi dengan arab!
Kesian kakak, cuma bahagian bm, bi dan mate je yang dia boleh..
Tak pa lah kakak, janji kakak tak nangis dan berani jawab exam tanpa mama, sebab ada kawan kakak yang menangis bila ibunya tiada..
Sebenarnya, exam SRA Integrasi ni agak tinggi tahapnya kerana selain soalan bertulis subjek bm, bi, mate, jawi dan arab, ada juga lisan iaitu Iqra' dan membaca doa.. maknanya bukan calang2 murid yang masuk sekolah ni tau. Mama dengar 300 lebih calon yang ambil periksa tapi cuma 104 je yang diterima masuk. Tak pe le kakak, kita doa je le, yang penting kakak dah mencuba dan dapat pengalaman baru hari ni...