Hari-hari Terakhir Kehidupan

October 24, 2017

HARI-HARI TERAKHIR KEHIDUPAN

Suspens tak tajuk?  Doakan yang terbaik semoga mama mampu menghadapi hari-hari terakhir ni dengan lebih konfiden.  Cuba bayangkan, kalau situasi ni berlaku dalam kehidupan kita.  Kita didiagnosis untuk mempunyai saki baki momen yang sedikit  sahaja lagi dalam kehidupan ini.  Jadi, bagaimana kita harus melalui hari-hari terakhir ini agar nanti kita tidak akan menyesal.  Bagaimana kita harus jadikan hari-hari terakhir ni meninggalkan nostalgia paling indah buat orang yang tersayang? Memang betul, perpisahan merupakan lumrah alam, namun mahukah kita, jika perpisahan ini merupakan perpisahan yang dinanti-nantikan?  Tentu saja tidak kan, tentu kita mahukan perpisahan ini menjadi perpisahan yang ditangisi oleh insan yang tersayang, perpisahan yang dianggap satu kerugian buat diri yang ditinggalkan... Tepuk dada tanya selera.  Jom kita jadikan hari-hari terakhir ini, hari-hari yang membahagiakan buat semua..

23 Oktober 2017










Suspens ke?
Yupp.. betul, 15 hari sebelum hari-hari terakhir menjelangnya pepepriksaan SPM 2017!

Kepada calon-calon SPM 2017, terutama anak-anak didik mama 5M 2017.. Abd Karim, Zuhair, Najib, Badrul, Faris, Hakim, Afiq, Adil, Haidil, Subhaan, Wan Firdaus, Radzmin, Hafiz, Thangga, Choon Ling, Neroshini, Hema, Nisa, Halimaton, Ros, Suhaila, Dilla, Azra dan sorry kalau ada nama yang tertinggal, ingatlah 2 tahun saya mengenali awak bukan satu jangka masa yang singkat. Saya sudah mula merasakan awak semua sebagai sebahagian daripada keluarga besar saya ex student BBSS yang telah saya ajar selama +- 10 tahun di BBSS.  Awak semualah yang telah mematangkan saya dalam dunia pendidikan ni.  Awak juga yag mendewasakan saya agar terus berusaha untuk menggunakan segala kudrat yang ada agar perpisahan kita nanti bukan perpisahan yang mendukakan buat semua.  Ingatlah, awak semua sentiasa dalam doa saya.  Semoga awak mampu merealisasikan impian diri dan ibu bapa.  Saya hanyalah insan kerdil di sebalik kejayaan yang bakal awak raih, tetapi kejayaan awak merupakan saham akhirat saya yang maha besar!


Ingat, jangan stress, cool.. ingat Allah, ingat orang tersayang yang inginkan kejayaan kita

Tip lagi..

Doalah semoga Dia tahu kamu mohon pada-Nya
Dia maha memberi..


HARI-HARI TERAKHIR DALAM KEHIDUPAN     SEBELUM SPM 2017 


You Might Also Like

6 Comment

  1. Owh.. Cikgu juga rupanya... Debar rasanya nak hadap SPM ni.. Tapi pelajar nya relax aje.. Hadoii..

    ReplyDelete
  2. Good luck semua calon spm ye

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu Iza.. ngajar budak form 5 tak memeningkan kepala cikgu ke?.. teringat PCL masa form 5 dulu2.. budak lelaki kebanyakannya memang nakal2 tapi cerdik.. betul tak cigu iza.

    ReplyDelete
  4. debar sangat! tapi boleh teka ni sebad cikgu yang menulis. all teh best semua calon.

    ReplyDelete
  5. Tentulah cikgu akan mengharapkan kejayaan yg terbaik hasil titik peluh mengajar mereka selama ni Kan, bila mereka cemerlang cikgu pun turut rasa bahagia, terasa berbaloi penat lelah selama ni Kan.

    ReplyDelete
  6. Selamat menduduki pep SPM untuk mereka.
    Semoga bejaya kelak.

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels