Microsoft One Note : Latihan Berpandu SPM 2017

October 21, 2017

NAK TAHU TENTANG MICROSOFT ONE NOTE

SPM 2017 bakal menjelang lebih kurang 2 minggu sahaja lagi.  Mama rasa semua guru tingkatan 5 sedang berusaha sedaya upaya untuk menyediakan murid-murid masing bagi menghadapi peperiksaan besar buat diri calon SPM.  Kenapa peperiksaan besar? SPM lah bakal menentukan mereka mampu 'pergi lebih jauh' atau hanya setakat meramaikan bilangan 'penanam anggur'. Murid-murid yang berada di tingkatan 5 pasti mahu lulus dalam peperiksaan SPM masing-masing. Bohonglah kalau ada yang tak mahu lulus.  

Cuba tanya murid yang malas-malas, yang suka tidur, 
yang membuatkan guru naik darah tu, 
'kamu x payah ambil periksa, 6.11 nanti' 
peergh, confirm mereka akan jawab,
 'mana boleh cikgu, kami nak SPM!'

Ramai yang nak ambil SPM tapi tak ramai yang bersedia untuk SPM.  Masing-masing mengharapkan bulan jatuh ke riba.  Hanya cikgu-cikgu yang kecut perut merintih akan nasib mereka.  Kenapa guru perlu merintih dan memikirkan nasib mereka, sedangkan mereka bukan siapa-siapa iatu tiada apa-apa hubungan dengan para guru.  Cuba kamu semua duduk di tempat para guru, pernah kenal dan pernah didik mereka sekurang-kurangnya dua tahun (tingkatan 4 dan tingkatan 5), tergamak ke kamu melihat ada antara anak didik kamu gagal? Tepuk dada tanya selera la...

Oleh itu, dalam jangka masa cuma tinggal +_ 2 minggu sahaja lagi sebelum SPM ni, para guru akan melakukan apa-apa sahaja yang terdaya, termasuklah mama.  Anak-anak mama sendiri akan menghadapi PAT pada minggu hadapan, tapi mama tetap meluangkan masa untuk menyediakan latihan untuk anak-anak tingkatan 5, kerana mereka juga 'anak-anak' mama...

Panjang dah coretan mama, di bawah ni mama tunjukkan latihan menggunakan 

Micrsoft One Note + Digital Ink


peergghh boleh conteng di skrin (Digital Ink)

Digital Ink

Digital Ink

Tulisan tadi boleh dipadam n ditulis semula oleh murid




Mama nak share semua latihan berpandu Trial SPM Pahang cikgu-cikgu boleh ambil ye..


okey, nak dipendekkan cerita, sapa kenal cikgu ni?
Beliaulah pengasas Digital Ink yang mama guna kat Microsoft One Note macam kat atas tu
Best kan? Kalau nak belajar, jom la join Bengkel KLEduTech 2017
Mama pun join untuk refresh ilmu dan tentulah nak tambah ilmu



FB Cikgu Aman

Pengasas Digital INK

Nota Digital INK




You Might Also Like

1 Comment

  1. wow... bagusnya mic one note ni... dah canggih manggih sekarang ni.... mak ayah xbelajar bab komputer ni mmg tak tahu la cam saya...

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels