Game Tarsia Handle Bidan Terjun Pasca PT3

November 04, 2017

GAME TARSIA PASCA PT3


Mama bukan cikgu Tingkatan 3, apatah lagi terlibat dalam program Pasca PT3, tapi terpaksa rela mengambil slot Pasca PT3 sepanjang minggu hadapan bagi memberi laluan kepada guru PT3 menanda kertas exam PT3! Untung dapat PGB yang peka akan guru2nya, tapi nasib kami ni, yang bukan cikgu T3? Tak pa le, jadi bidan terjun untuk memenuhi slot Pasca PT3! Bukan mudah ooi nak handle murid yang ramai (6 kelas) tanpa bantuan alat komunikasi (mic, speaker dll) kerana takut menganggu SPM. So kalau takut ganggu kenapa mereka masih bersekolah??? Kebiasaannya slot Pasca PT3 akan berakhir apabila SPM bermula, maka murid2 tingkatan 3 secara tak rasminya dikecualikan untuk hadir. Tapi malangnya, tahun ini lain jadinya, dapat boss baru.. semua murid (t1 - t4) wajib hadir! Mak ooiii, cikgu dah lah sikit (jadi pengawas SPM) kelas pun terhad (digunakan untuk SPM) tapi murid2 diwajibkan hadir.  Tak taulah angin apa lah PGB baru nih.... So, fikir punya fikir, mama buat keputusan untuk buat game je iaitu Game Tarsia.  Doakan semoga game ni berjaya. Ada terfikir juga nak buat Kahoot dan Plickers, tapi cikgu x larat dooh... 


Boleh pilih nak bentuk apa

Tulis soalan dan jawapan pada ruang yang disediakan tu

Haaaa... ni le bentuk Tarsia yang dah siap..

Tarsia merupakan permainan jigsaw puzzle yang dibuat dengan menggunakan perisian yang sedia untuk digunakan. Aktiviti permainan bahasa ini bagus digunakan sebagai pemantapan dan pengayaan dalam pembelajaran tanpa mengira subjek sama ada dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik malahan Sains. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan melibatkan kolaborasi semua pelajar dalam kumpulan. Kredit Tuan Blog

Serius, game ni memang best.  Tambah best dan mencabar, cikgu x perlu potong Tarsia ni siap2, biar murid yang potong.  Jika mereka berlumba2 nak menang dan bekerja dalam kumpulan, pasti tugas ni x lah sesukar mana pun sebenarnya.  Nak tambah happening, cikgu2 boleh meminta murid decorate hasil Tarsia yang telah siap. Jangan terperanjat kerana murid-murid memang penuh dengan imaginasi tau.

Okey la cikgu, kalau tak explore sendiri memang kurang faham.  Jadi pada cikgu-cikgu yang belum pernah mencuba permainan Tarsia ni, silalah ya.  Tak rugi kalau kita membuatkan anak murid gumbira. Tarsia ni yang mudahnya 1 je, x perlu nak online bagai, macam kahoot dan plickers, game yang mama suka juga tapi leceh la sikit kerana kena online, lepas tu kena ada laptop, tab, kad jawapan plickers dan hp untuk scan jawapan tu. So, nak mudah mama pilih Tarsia le, cuma kena setkan soalan, print dan boleh dah jalankan game ni.. 

Download Tarsia di sini


Image result for tarsia
Tarsia boleh mewujudkan integrasi kaum..
Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Kepingan Tarsia perlu dicantum sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki hasil kerjasama
dalam satu kumpulan
Image result for bentuk-bentuk tarsia
suka juga guna Kahoot...

Image result for bentuk-bentuk tarsia
plickers pun best
Tarsia Matematik


JOM GUNA GAME DALAM PDPC..




You Might Also Like

3 Comment

  1. Assalam. Suka tengok blog cikgu....cantik sangat. Salam silaturrahim dari saya blogger baru.
    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. tqvm, blog akak pun baru je, x banyak follower pun lg.. sama2 la kita rajinkan diri berblog...

    ReplyDelete
  3. Aktiviti yang dapat menarik minat pelajar2 tg 3 utk hadir ke sekolah.

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels