INOVASI DALAM AMALAN 5S

November 20, 2017

INOVASI DALAM AMALAN 5S

Esok, 21.11.17, sekolah mama akan menerima audit terakhir untuk melayakkan sekolah menerima pensijilian 5S.  Doakan sekolah kami berjaya melepasi audit terakhir pensijilan 5S ya, kerana usaha kami sepanjang tahun untuk memenuhi kriteria pensijilan 5S bukan calang-calang usaha. Penat lelah kami biarlah berakhir dengan berita gembira iaitu berjaya melepasi audit pensijilan 5S yang dijalankan oleh Malaysian Productivity Corparation (MPC).  Antara markah tinggi yang diperoleh untuk melepasi audit pensijilan 5S ini ialah terdapat kriteria inovasi dalam amalan 5S.  

Sebelum mama bercerita tentang Inovasi dalam amalan 5S, marilah kita fahami amalan 5S ini.

PERSIJILAN 5S

5S adalah satu falsafah Jepun yang memberi tumpuan kepada organisasi tempat kerja yang berkesan dan piawaian prosedur kerja.5S ialah satu kaedah atau teknik yang digunakan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang berkualiti di dalam sesebuah organisasi
Terdapat 5 fasa utama di dalam 5S iaitu
SEIRI - SISIH :
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja

SEITON - SUSUN
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas,mudah diambil dan disimpan semula

SEISO - SAPU


Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di lantai,mesin dan peralatan

SEIKETSU - SERAGAM
Seragamkan atau memelihara penyusunan sepanjang masa serta mudah mengamalkan Seiri-Seiton-Seiso.

SHITSUKE - SENTIASA AMAL
Berdisiplin & melatih pekerja mematuhi peraturan dan bertabiat baik di tempat kerja secara berterusan

Objektif 5S
  1. Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan kakitangan
  2. Meningkatkan kerjasama antara kakitangan dalam melaksanakan tugasan harian
  3. Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dikalangan kakitangan
  4. Memastikan keselamatan ditempat kerja untuk setiap kakitangan
  5. Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kaizen (inovasi)

Sekarang, mama nak berkongsi kriteria inovasi dalam amalan 5S yang terdapat dalam bilik mama, iaitu bilik MBMMBI.  Semoga auditor esok menerima inovasi yang telah dilakukan oleh mama, seterusnya kami akan mendapat markah yang tinggi serta layak untuk melepasi pensijilan 5S.

Murid-murid yang banyak jasa membantu mama.. tqvm Fatin, Nabila dan Putri
Mereka ni dari kelas 3K, tapi rajin dan komitmen tu macam kelas A
Kalau murid kelas A disuruh, macam-macam alasan diberi, 
tapi mereka ni memang ringan tulang dan pandai buat kerja betul...

Status Tempahan Bilik.. Inovasi ke? 

Rak kasut... Inovasi la ni, kerana mama menggunakan kayu pallet 
yang dibalut dengan wallpaper sementara kaki rak dibuat daripada balang kuih raya

Bekas alat tulis murid.. diperbuat daripada 'big cup' recycle yang dihias berdasarkan kreativiti murid
*** alas meja tu baru basuh, ingat nak pakej iron sekali tapi bila dengar harganya RM30,
terus lekas2 pakej basuh je... kan nampak berkedut2 tu..

Kotak recycle yang digunakan untuk amalan 3R
Tujuannya supaya budaya 3R menjadi amalan murid-murid

 Jadual penggunaan bilik : dalam cawan kertas tu ada tag nama kelas
Penempah bilik perlu menampal tag tersebut menggunakan 'tack it'

Haa.. ni sudut 5S yang paling mama suka
Mama namakan sebagai Ruang Aktiviti PAK21 
Bahan-bahan : pasu bunga recycle, simen sebagai pemberta, batang paip pvc,
jaring hijau dan kabel ties untuk melekatkan jaring dengan batang paip
Tujuan : menampal hasil perbincangan murid

Lagi 1, Sudut PAK 21
Bahan : Balang kuih raya, gam arclyic dan label2 
Kegunaan : letak gulungan surat khabar, alat tulis, dan pen marker
*** tapi tadi sebelum balik dah 3 kali mama tepek balang kosong  tu, kalau esok mama
isi dengan barang, x tau lah boleh menampung berat atau tidak.. uwaaa..

Akhir sekali, label peminjaman buku/ alatan 
Inovasi la kot kan, kerana biasanya orang guna buku log peminjaman alatan
Mama gunakan label peminjaman untuk memudahkan urusan pinjaman
*** Pen pun ada disediakan, tapi time snap gambar ni idea tu belum keluar lagi...

Status tempahan tu pun kira inovasi juga lah kerana sebarang tempahan dan pemulangan
perlu ditampal tag / atau x menandakan alatan boleh/ tiada untuk ditempah
*** tag ditampal menggunakan tack it dalam cawan tuu...

Ok la, itu sahaja inovasi yang ada, semoga inovasi yang mama sediakan ini memnuhi kriteria inovasi  dalam amalan 5S oleh pihak MPC. Mama juga nak berkongsi persediaan mama untuk menghadapi audit pensijilan 5S esok.

 Zon mama label warna pink, jadi meriahlah mama gunakan kertas pink
Kat atas rak tu, game PAK 21 eg tarsia, kahoot, plickers, eclipse crossword etc
Masa snap gambar, plastik alas meja belum diletakkan lagi, kalau dah letak, nampak bersinar2..

 Gambar rak dari hadapan

 Ni rak buku, label tu yang tak boleh nak kalah

Ni sudut aromaterapi

 Sudut parking lot...
Perasan tak, no kumpulan tu salah ooi...1-10 dan 6-10!

Ni zon permainan Bahasa dan Komik Komsas
Sebenarnya, kunci untuk board ni dah 'hilang' so untuk menutup kecacatan, 
mama tampal dengan wallpaper dan tepek la segala bahan berwarna pink,.. ilikeit...

Tinggal sudut ni perlu diperbaiki esok
Tak cantik noo kan... jom fikir cam na nak touch up nak bagi ruang ni special sikit..


Ok, doakan sekolah kami berjaya melepasi 
audit pensijilian 5S esok, amin.



You Might Also Like

7 Comment

  1. perghhhhh cntik n kemas gila kot. big clap*

    jom join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. Wahh..tak sangka sekarang ni sekolah pun dah mula buat 5S.
    Huhu teringat zaman-zaman mula nak buat 5S kat hospital kami tahun 2011 dulu. Fuhh! Stress sangat. Sabtu ahad pun mai keja, nak siapkan 5S. Tapi hasilnya, best sangat. Senang nak buat keja and cari stock kat stor

    ReplyDelete
  3. cntik2...tak tau 5S tu ape.. kt tmpt saya ni...asyikla nk STANDARDIZATION je...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selesai dah 5s, mmg jenuh nakkan sijil tu

      Delete
  4. Wow cantiknya, boleh cedok idea nih, hehe

    ReplyDelete
  5. Alaaa kreatifnyaa cikgu-cikgu ni :)

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels