RAHSIA KULIT MUKA FLAWLESS

November 18, 2017

RAHSIA KULIT MUKA FLAWLESS


Hari ini mama hendak berkongsi rahsia kulit muka flawless. Bukan mudah untuk mendapatkan kulit muka yang flawless ni.  Ada orang mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan kulit muka yang flawless.  Ada orang pula memang sudah dikurniakan kulit muka yang flawless, hanya perlu touchup sedikit2 sahaja kulit muka sudah tampak flawless. Ada sesetengah orang pula sebaliknya, mencuba pelbagai produk dan petua untuk mendapatkan kulit muka yang flawless.  Jadi, dalam entry ini, mama nak berkongsi rahsia kulit muka flawless.  

Rahsia kulit muka flawless

Rahsia Kulit Muka Flawless :  1. Set Timewise

Rahsia kulit muka flawless ialah gunakan set Timewise Miracle (untuk yang berumur 30 tahun ke atas la) tapi jika umur sudah menjangkau 25 tahun, set ini juga boleh mula digunakan.  Apa orang kata, mencegah lebih baik daripada mengubati kan.  Hal ini kerana, proses penuaan bermula sejak umur kita 25 tahun, jadi jika kita dah menggunakan set Timewise ini sejak dari awal, tentulah kulit kita akan kelihatan flawless lebih awal selain dapat mengekalkan keremajaan kulit muka. Cuba tanya mana-mana perempuan yang tidak mahu kulit mukanya kelihatan flawless, tipulah jika ada.

Set time wise ini terdiri daripada TW cleanser, TW moisturizer, TW day solution and TW night solution.  Jika kita beli set TW ini untuk bulan Oktober, kita akan dapat free TW Freshner (ala-ala toner la tu) dan beg yang cun melecun.

Rahsia kulit muka flawless tentu sahaja dengan menggunakan set TW miracle.  Mama tidak gunakan testimoni model-model terkenal, hanya testimoni diri sendiri yang telah menggunakan set TW miracle ini selama hanya tiga bulan!  Orang boleh kata, faktor kamera handphone membuatkan kulit muka nampak flawless.  Memang mama tidak nafikan, tetapi jika betul faktor kamera handphone, kenapa bulan Oktober ini sahaja, mama dah beli lima set TW miracle yang ada offer menarik pada bulan Oktober ni?  Lima set TW miracle ni dibeli oleh kawan-kawan sekolah yang melihat perubahan kulit muka mama. Itulah sebenarnya rahsia kulit muka flawless yang mama ingin kongsi agar lebih ramai mempunyai kulit muka flawless.


TW CC Cream dan TW Foundation

Selain menggunakan set TW miracle, mama hanya menggunakan TW CC Cream dan TW Foundation sahaja. TW CC Cream ini juga hangat di pasaran pada bulan ini kerana harganya yang sangat rugi jika tidak dapatkannya pada bulan ini kerana, jika kita beli 3 TW CC Cream, kita akan dapat 1 CC Cream secara percuma! Ada orang kata, ala nak beli 3 baru dapat percuma 1... cuba berfikir di luar kotak, kita kongsi beli 4 orang, haa harganya pun boleh dibahagi 4!

Okey, sekarang semua orang dah tahu rahsia kulit muka flawless kan.  Tentu orang akan kata, Mary Kay mahal la, patutlah bagus.  Betullah tu, alah membeli menang memakai.  Tapi siapa yang kata produk Mary Kay mahal, bermakna dia tidak mengenali Mary Kay lagi. Mama pun menyesal tau kerana tidak mengenali Mary Kay sejak awal, kalaulah sudah mengenalinya lebih awal tentu rahsia kulit muka flawless ni lebih awal mama dapat kongsikan.

Berbalik pada harga Mary Kay mahal tadi, jom mama nak cerita sikit.  Harga set TW miracle yang mengandungi Cleanser, Moisturizer, TW Day solution dan TW Night solution + Freshener percuma + beg cun melecun ialah RM568.  Ok, RM568 untuk  5 item + 1 beg = RM 94.66 untuk 1 item. Nampak masih mahal lagi? RM 568 bahagikan kepada minima 6 bulan = RM 94.66 sahaja untuk sebulan! Nampak masih mahal? OK, RM 94.66 bahagikan kepada 6 item = 15.77 sahaja untuk 1 item! Haa, baru nampak kan betapa 'murah' nya produk Mary Kay ni.  KIta hanya perlu berbelanja RM 568 dalam masa 6 bulan!  Bukan itu sahaja, potongan 20% ditambah untuk setiap pembelian.  Untung kan...

Rahsia kulit muka flawless memang bukan setakat guna produk penjagaan muka sahaja. Tipulah kalau ada yang kata guna set TW miracle ini sahaja kulit muka boleh nampak flawless.  Okey, kita hanya perlu menambah 2 item sahaja iaitu CC Cream dan foundation. Okey berapa harganya? CC Cream untuk bulan Oktober sahaja ya, harganya ialah RM237 untuk 3 item + 1 item free! Ini bermakna harga CC Cream untuk bulan Oktober ialah RM 59.25 sahaja.  Nampak mahal kan, cuba bahagikan kepada 6 bulan, bermakna hanya RM9.90 sahaja sebulan kita berbelanja untuk mendapatkan CC Cream MK.  Foundation pula hanya alternatif, jika ada duit lebih bolehlah beli sekali, jika nak bertangguh, cukuplah setakat menggunakan set TW miracle + CC cream.  

Rahsia Kulit Muka Flawless

hanya RM 568 - 20% = RM454.40 + RM 59.25 -20% = 47.40 
= RM 501.80 sahaja untuk 7 item!

Okeylah, kalau masih rasa mahal, mama tak boleh buat apa2 lagilah.  Serius mama pernah menggunakan produk lain, yang agak mahal juga contohnya RM 350++ untuk 3 item tetapi tidak dapat menandingi TW miracle Mary Kay dan CC cream Mary Kay.

You Might Also Like

11 Comment

  1. Wow, betulla flawless..cantiknya kulit cikgu, tkde cela pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm, bantuan kamera hp juga, tp serius mmg puas hati dengan MK

      Delete
  2. poles betul ni.. mary kay mahal nih.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mahal kerana produk ni tahan lama dan mmg berkesan, alah membeli menang memakai..

      Delete
  3. tua itu pasti datangnya
    tapi menundanya pasti banyak yang mau

    ReplyDelete
    Replies
    1. beruasaha x salahkan.. x mau la kita nampak berusia sebelum masanya...

      Delete
  4. Pernah try Mary Kay ni tu pun sebab hadiah. Nak beli tak mampu lagi huhu

    ReplyDelete
  5. Bolehlah mencuba kepada yang berminat.

    ReplyDelete
  6. wah cantik akak..oh produk mary kay.hebat ni..

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels