VLE FROG : PADLET E-BUKU LATIHAN MURID

September 04, 2018

Kita mungkin biasa mendengar keluhan guru-guru tentang beban membawa balik buku latihan murid yang berat.  Cuba kita bayangkan jika guru tersebut mengajar sehingga 5 atau lebih kelas, tentu sahaja beban yang perlu ditanggung oleh guru tersebut lebih berat. Mungkin ada guru yang menyatakan bahawa kerja sekolah perlu diselesaikan di sekolah juga. Namun, mampukah kita? Jawapannya, mampu.. jika kita berubah kepada e-buku latihan murid.  Jadi di sini, mama akan jelaskan bagaimana VLE Frog dapat bertindak sebagai e-buku latihan murid.  

Sebelum mama terangkan lebih lanjut, cikgu-cikgu perlu buka laman VLE Frog menggunakan enjin pencarian Microsoft Edge kerana cikgu boleh anotate di sini.


Cikgu-cikgu perlu sign up dalam Padlet dan ikut semua arahan dalam apps tu kemudian cikgu klik  tanda +
di sudut kanan Padlet untuk menambah bahan

Cikgu klik tanda upload (seperti dalam gambar), kemudian klik pick file, akan keluar pop up
pilihan file dalam desktop cikgu, jadi cikgu pilihlah file mana yang ingin diupload 
(jawapan murid la) dan kemudian klik open

Sebelum terlupa, cikgu klik setting (bentuk macam gear) di sudut kanan atas Padlet) klik modify
 dan klik semua macam dalam gambar.. cikgu boleh beri markah dll

Cikgu boleh tulis nama murid, tarikh latihan dsb, kemudian cikgu klik pada latihan untuk 
besarkan gambar latihan tu

klik icon draw

klik pen dan cikgu dah boleh menanda jawapan murid hanya di hadapan laptop!


Semua langkah di atas juga boleh dilakukan oleh murid sendiri, murid menaip jawapan di rumah, kemudian upload jawapan ke dalam Padlet. Syaratnya, cikgu perlulah share link padlet tu terlebih dahulu.

Klik Laman e-buku latihan murid


(link ini cikgu perlu share pada murid 
supaya mereka boleh muat naik jawapan mereka sendiri)


Ok, agak teknikal sedikit kan?
Tapi, percayalah.. usaha tangga kejayaan
Sekali cikgu dah buat dan berjaya, cikgu akan rasa keajaibannya..



You Might Also Like

0 Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels