TUTORIAL APLIKASI PNM E-READER
February 08, 2019
Siapa pernah menggunakan aplikasi PNM E-READER? Aplikasi ini amat berfaedah untuk peminat-peminat buku, kerana kita boleh membaca buku secara atas talian. Buku-buku di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) boleh dipinjam dengan menggunakan aplikasi PNM E-READER ini. Jika ingin tahu menggunakan aplikasi PNM E-READER ini, jomlah tonton video mudah TUTORIAL APLIKASI PNM E-READER. Lepas ni, anak-anak didik yang bermasalah hendak mencari buku untuk mengisi NILAM sudah tiada alasan lagi. Almaklum, rata-rata anak-anak kita tahu menggunakan telefon pintar, tahu 'membeli' game di playstore.. jadi tiada alasan untuk tidak tahu memuat turun aplikasi PNM E-READER ini. Untuk para guru yang perlu membaca sekurang-kurangnya 4 buah buku untuk diisi ke dalam https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/, tak perlu lagi risau dan berebut ingin meminjam buku kerana aplikasi PNM E-READER menyediakan pengalaman membaca atas talian yang begitu mesra para guru. Kenapa? Kita boleh membaca di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan aplikasi PNM E-READER! Jadi, apa lagi... jom tonton video TUTORIAL APLIKASI PNM E-READER.
1 Comment
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ukwah dari saya untuk anda..
Jom follow blog https://www.iyaseo.id/
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya
Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.