TREASURE HUNT DIGITAL dalam PdPC BAHASA MELAYU

December 06, 2019

Pada 2-4 Disember yang lalu telah diadakan Digital Classroom Bootcamp, tapi akak hanya berpeluang menghadiri bootcamp tersebut pada 2-3 Disember sahaja kerana 4-5 Disember akak akan mengikuti bengkel lain aka nak 'makan epal' di Menara CIMB. Antara ilmu yang berjaya disedut semasa DC BC itu ialah ilmu mencipta Treasure Hunt Digital. Tentu seronok kan, kerana kebiasaannya kita membina treasure hunt secara manual, murid/ peserta dibahagikan kepada beberapa stesen dan perlu menyelesaikan tugasan yang diberi.  Treasure Hunt Digital ni, konsepnya masih sama tetapi yang uniknya, Treasure Hunt ini dibina secara Digital!


Cikgu-cikgu boleh klik link di atas untuk cuba bermain Treasure Hunt Digital.

Klik gambar untuk bermain Treasure Hunt Digital

Klik gambar untuk bermain Treasure Hunt Digital

Untuk membina Treasure Hunt Digital dalam PdPC Bahasa Melayu ni, bukan sukar sangat pun.  Akak akan berkongsi langkah-langkahnya secara umum, dan untuk lebih memahaminya, cikgu-cikgu perlu explore sendiri kerana x cuba memang kita x dapat nak ukur betapa mudahnya membina Treasure Hunt Digital dalam PdPC Bahasa melayu ni sebenarnya.  Almaklum, jika kita buka youtube, hanya video aktiviti untuk subjek STEM sahaja yang kita jumpa, video aktiviti untuk subjek BM memang amat berkurangan.  Jadi, jom cikgu2 kita pelbagaikan teknik PdPC Bahasa Melayu pada tahun 2020. 

Langkah-langkah membina Treasure Hunt Digital PdPC Bahasa Melayu :

1. Buka Onenote di laptop masing-masing
2. Klik add notebook - Taip Treasure Hunt Digital BM
3. Klik add section - Taip S1 - Pada bahagian tajuk tulis Soalan 1 - Taip soalan yang cikgu-cikgu nak tanya, saiz font perlu diubah kepada 20++ kerana Treasure Hunt Digital ini akan ditayangkan pada skrin, jika saiz font tidak bersesuaian, agak sukar untuk peserta aka murid bermain Treasure Hunt Digital ini.
4. Klik add section - Taip S2 - Klik kanan - Pilih Password Protection - Pilih add Password *** Password ini ialah jawapan kepada soalan pada S1 tadi ... tips daripada cikgu Aman, password aka jawapan ni seelok2nya ditulis dengan huruf kecil sahaja supaya murid x keliru
- dah taip jawapan - retype untuk confirmkan password tadi - klik ok
5. Pada ruangan tajuk - Taip Soalan 2 - Taip soalan menggunakan saiz font 20++
6. Ulang step 4 dan 5 untuk soalan 3 dan seterusnya. *** Kita boleh bina seberapa banyak soalan yang kita mahu, tapi ingat .. jangan lupa password aka jawapan yee...

Bagaimana, mudah kan cara untuk membina Treasure Hunt Digital nih.  Jika kurang jelas, cikgu2 boleh merujuk video cara membina Treasure Hunt Digital ini pula.

Video Treasur Hunt Digital

Semoga tahun 2020, teknik pdpc kita akan lebih pelbagai demi anak-anak murid kita juga. Jom gunakan Traesure Hunt Digital dalam PdPC Bahasa Melayu..

You Might Also Like

0 Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels