Cikgu-cikgu pernah menggunakan 1 Note dalam PdPC? Jika tak pernah, mama rasa cikgu rugi sebenarnya. 1 Note menawarkan pengalaman mengajar yang begitu menakjubkan kerana dengan 1 Note, cikgu-cikgu menepati konsep PAK21, mendukung konsep paperless penyelamat bumi kita, mengatasi beban beg berat murid-murid dan yang penting konsep menanda di mana-mana dan pada bila-bila masa dapat direalisasikan. Hal ini demikian kerana, cikgu-cikgu boleh menanda jawapan murid, tanpa membawa balik buku mereka! Nak tanda atas katil, sedang menggoreng ayam, di shopping complek atau di mana-mana sahaja pun boleh!
Tontonlah tutorial 1 Note
Pasti jatuh cinta pandang pertama...