Bila tengok Malaysia lawan Singapura malam tadi....
Terutama masa gol kedua Singapura, Apek tumbuk bola.. tapi tertumbuk ke gawang, diselamatkan oleh salah sorang pemain HM tetapi tiba kat kaki pemain Singapura dan gollll!!!
Terus fikiran mama teringatkan iklan Snickers.. Bila lapar je terus lembik...
Pada mama, apa yang berlaku malam tadi pada Apek... "Bila nampak bola jer, teringatkan Leuniey...'
Rupa-rupanya bukan mama jer yang beranggapan macam tu, banyak lagi pandangan dalam tweeter yang fikir macam tu rupa-rupanya...
Kesian Apek, itulah adat orang yang bakal mendirikan mahligai, akan diusik dan dicabar kesabaran hati masing-masing. Jika ada terbuat kesilapan, macam Apek ni, makin banyak la komen negatif. Diharapkan pasangan Apek dan Leuniey tidak mudah melatah dan ambil positif je setiap usikan tu yer...
Tapikan, pada mama, diharapkan coach Rajagobal memikirkan juga hal Apek ni. Almaklumlah, orang tengah asyik masyuk. Semua kerja tak menjadi walaupun dalam hati bertekad untuk buat yang terbaik, tapi kalau angin 'menggatal' tu dah penuh dalam kepala, semua kerja tak mungkin tip top. Ini pendapat mama jer, hasil daripada pengalaman juga kan. Tentu semua yang sudah berpengalaman akan mengiyakan pendapat mama ni. Time nak kahwin tu, emak cakap apa, abah cakap apa, semua ditolak ke tepi. Mr X tu lah yang terbaik untuk kita.. bak kata ustazah, time couple2 tu, Syaitan peluk kita, bila dah kahwin, pelukan syaitan dah terlepas, barulah terbuka hijab.... time tu, baru teringat kata emak, teringat kata abah...
Pada coach, mama rasa baik 'biarkan' Apek 'menyelesaikan' segala urusannya yang 'belum siap' dan biarkan mereka 'bebas' bersendiri, daripada kita mengharapkan pada goalkeeper yang bukan 100% berada di depan gawang. Mama tak kata Apek macam tu, tapi hakikatnya, orang yang sedang asyik bercinta memang macam tu pun... Jasad je ada tapi kepala?
Tanya baik-baik pada Apek, minta pendapat ikhlas dari sudut hati Apek... Harimau Malaya belum terlambat kerana Indonesia dan Laos pun cuma seri je malam tadi. Kalau HM boleh kalahkan Indonesia dan kalahkan Laos walaupun Singapura menang kedua2 game lepas ni, tiket naib johan kumpulan masih ada. Caiyok HM, jom bangkit.....
Kekalahan 3-0
bukan salah Apek je, salah semua tau...