Seronoknya kakak Iman... April Fool??
Peace Yo...
Kerang gergasi.. ngap...
Kakak tu suruh kakak Iman p... lama sangat main, bagi can orang plak
Semalam mama p ke Wet World Shah Alam, punya le seronok anak2 mama. Punya ler ramai orang p wet world, mentang2 cuti hari Ahad, tambah2 semalam April Fool... Fuiiih, asib baik April Fool hari Ahad..mama tak ler risau sangat berbanding jika Af pada Isnin. Jika Af Isnin..mama kene berhati2 ler bila nak masuk kelas terutama kelas 4K... Sebenarnya, sambutan April Fool memang tidak sepatutnya dilakukan oleh umat Islam, walaupun hanya untuk mengenakan seseorang atau hanya untuk main2... kerana..
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan
Umat Islam sangat tidak layak merayakan "The April Fool Day" kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi. Untuk baca kisah selanjutnya peristiwa pembantaian Umat Islam, klik di sini baldimerah.
Lepas ni jangan main2 ngan April Fool yer....
Published with Blogger-droid v2.0.4