Cek pertama.. gembiranya hati?
kah kah kah.. cik kiah tertifu..
Mama dapat phone call.. ada pos laju, kiriman cek!!.. alhamdulillah terdetik dalam hati, berkira2, cek dari mana la pulak? Cek dari Nuffnang? Isshh, bila masa plak mama buat cash out, lagipun dalam situ baru lapan puluh tujuh hengget, x da rasa nak keluarkan pon. Tak pa le, mama p gak ke pejabat. Betullah mama dapat cek pertama untuk 2012!!. Wow,.. semoga cek ni jadi macam 'gundu' kepada cek2 yang lain.. Biar cek ni beranak-pinak, biar senyap mulut boss mama aka pengetua tu,.. x da le asyik2 tanya, asyik2 bising,.. mama kekal senyap jer.. Buat pengetahuan semua hari ni mama dapat cek dari Kolej WIT, kolej swasta untuk adik2 yang mahu menyambung pelajaran selepas SPM. So, pada adik2 lepasan SPM yang ada di area Port Klang, Pandamaran, dan Shah Alam, boleh le cuba panjang2kan leher, tanya kat pihak pengurusan kolej. Mana tau, ada course yang berkenan di hati. Pada pihak pengurusan Kolej WIT, mama ucapkan ribuan terima kasih daun keladi, kalau nak beli iklan, bolehlah lagi. Pada kolej2 swasta dan pusat2 tuisyen yang lain, yang mama ada berikan surat penajaan iklan, janganlah segan2 nak langgan iklan kami. Pada pembaca blog yang nak iklankan barang pun x da salahnya, bolehlah langgan gak kan? tolong-menolong majalah sekolah mama untuk edisi 2012 ni,.. .. terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi...
Published with Blogger-droid v2.0.4