Rihanna mahu seksi dan gengster.. tapi cantik ke?..
"Mama.. Iman cantik macam princess kan".. mama... sampai mama jawab "ya" baru mulut kakak diam.. Tu menunjukkan semua perempuan nak jadi cantik, walaupun budak2 macam kakak Iman,.. memang dah lumrah perempuan kot kan, nak jadi cantik dan cantik.. Tapi, walaupun nak jadi cantik, kita perlulah bijak. Jangan ikut sesuka hati saja ambil itu ini demi nak jadi cantik. Dalam Harian Metro hari ni ada memaparkan 8 produk kecantikan yang mengandungi merkuri. Kesemua produk ni dari Thailand dan Taiwan. Antaranya ialah, Daily Protecting Cream-Joie et Beaute, Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream with spf-15, Yoko Yougurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Cream Aloe Vera Extract. Mungkin bagi pembeli produk di farmasi atau di gedung beli belah ternama tak ada lah masalah produk2 'haram' nieh. Masalahnya, masyarakat kita yang tak kaya tapi tak miskin ni plak lebih suka mendengar kata penjual2 ubat di kaki2 lima atau di pasar2 Chow Kit.. Akibatnya, produk yang tak dibenarkan menjadi pilihan hati. Hasilnya? Bukan cantik yang dapat.. tapi merana badan
Merkuri boleh menyebabkan kerosakan otak, sistem saraf dan buah pinggang,
ruam dan kesan teruk pada kulit... sumber HM
Nasihat mama pada diri sendiri, elak beli produk yang tak tentu isi kandungannya ni. Biar alah membeli tapi menang memakai. Jom pakat beli Safi Rania Gold...
Published with Blogger-droid v2.0.2