Masih cantik dan kekal cantik selama-lamanya
Mama salute dengan sikap Erra Fazira yang mengunci rapi dan menyimpan sebaik-baiknya rahsia rumahtangganya daripada pengetahuan umum. Walaupun Erra adalah public figure namun, tidak semua hal peribadinya boleh dikongsi dengan semua orang. Betullah kata Erra, rumahtangga ada pasang surutnya, cuba kalau Erra bukan penyanyi dan pelakon terkenal, kisah rumahtangganya tiada siapa yang ambil kisah. Ada pasangan yang bergaduh siang malam, tetapi tiada sesiapa pun yang sudi menjaja kisah mereka. Namun, mentang2 Erra ni dikenali ramai, maka kisahnya juga perlu dikongsi beramai-ramai?
Sikap Erra memang jauh menunjukkan kematangannya. Malah dia kata, hak Tengku Imran untuk tidak mengikutinya dan bukan hak Erra untuk memaksa Tengku Imran mengikutinya ke mana-mana sahaja. Hai orang kita ni, suami tak ikut isteri pun dijadikan asbab keretakan rumahtangga ke? Mungkin Tengku Imran sibuk, dan mungkin Erra lebih senang ke lokasi penggambaran sendirian, siapa yang tahu kan?
Jawapan Erra yang tidak mudah melatah dengan khabar angin kontroversi rumahtangganya boleh dibaca di sini.
Emak selalu ingatkan mama apabila mama ceritakan kisah 'dalam kelambu' mama. emak nasihat, ada benda yang boleh diceritakan pada kawan-kawan dan ada cerita yang harus disimpan baik-baik. Kawan yang mendengar, ada kalanya macam bersimpati, tapi sebenarnya mereka hanya mentertawakan kita sahaja. Mama simpan baik-baik nasihat emak, kerana mama tahu nasihat orang tua-tua amat mujarab menjamin keutuhan rumahtangga. Kalau kita ketawa, ramai yang ikut ketawa tetapi jika kita menangis belum tentu ramai yang sudi untuk menangis bersama. Jadi Erra, mama harap bersabar dalam menempuh dugaan dalam alam rumahtangga, kerana badai yang melanda hanya asam garam yang menambah rencah kemanisan hidup berumahtangga kita. Kalau tak, kita tak tau rumahtangga kita dah cukup masin atau terlebih manis ke... Betul kan? Sebab tu kekal Syyyyyyy ye Erra...