2 tahun 6 bulan menunggu...
Awal gentleman lamar Scha kat tv
Awal gembira kerana lamarannya diterima Scha..
Gala TV petang tadi menjadi saksi kisah lamaran Awal Ashaari terhadap Scha. Manis sangat mama tengok betapa gentlemannya Awal kerana sanggup mendedahkan kisah lamarannya kepada 1Malaysia iaitu menerusi siaran Propaganza Astro!.. Mungkin Awal dah menunggu terlalu lama iaitu 2 tahun setengah, dan akhirnya saat tersebut tiba juga. Manis betullah mama lihat pasangan ni, macam mana Scha sebak menerima lamaran dan sebab2 pasangan ni menangguhkan perkahwinan mereka.. Antaranya sebab emak Scha sakit dan tarikh Februari lalu sama dengan tarikh perkahwinan Yusri dan Lisa. Memang semangat setia kawan yang tinggi betul la Awal Ashaari dan Scha ni. Tarikh perkahwinan mereka akan diumumkan pada sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini. Tahun 2012 ni banyak sangat pasangat artis yang bakal menamatkan zaman solo mereka. Yang terdekat, Irma pada 1 Julai ni. Manis betullah artis2 ni, dah le muka lawa, tambah dengan pakaian yang cantik2 macam puteri kayangan la pulak Irma. Opppss kisah lain plak. Apa2 pun kisah, yang pasti tahun 2012 banyak pasangan artis bakal berkahwin. Moga2 tahun 2013, bakal melahirkan junior Yusri & Lisa, junior Irma, junior Awal & Scha, dll bukannya memeningkan kepala hakim di Mahkamah Syariah yer.. kita sama2 doakan yang terbaik, dan itu harapan semua peminat..insyaallah..
Published with Blogger-droid v2.0.4