NAK TAHU TENTANG MICROSOFT ONE NOTE
SPM 2017 bakal menjelang lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Mama rasa semua guru tingkatan 5 sedang berusaha sedaya upaya untuk menyediakan murid-murid masing bagi menghadapi peperiksaan besar buat diri calon SPM. Kenapa peperiksaan besar? SPM lah bakal menentukan mereka mampu 'pergi lebih jauh' atau hanya setakat meramaikan bilangan 'penanam anggur'. Murid-murid yang berada di tingkatan 5 pasti mahu lulus dalam peperiksaan SPM masing-masing. Bohonglah kalau ada yang tak mahu lulus.
Cuba tanya murid yang malas-malas, yang suka tidur,
yang membuatkan guru naik darah tu,
'kamu x payah ambil periksa, 6.11 nanti'
peergh, confirm mereka akan jawab,
'mana boleh cikgu, kami nak SPM!'
Ramai yang nak ambil SPM tapi tak ramai yang bersedia untuk SPM. Masing-masing mengharapkan bulan jatuh ke riba. Hanya cikgu-cikgu yang kecut perut merintih akan nasib mereka. Kenapa guru perlu merintih dan memikirkan nasib mereka, sedangkan mereka bukan siapa-siapa iatu tiada apa-apa hubungan dengan para guru. Cuba kamu semua duduk di tempat para guru, pernah kenal dan pernah didik mereka sekurang-kurangnya dua tahun (tingkatan 4 dan tingkatan 5), tergamak ke kamu melihat ada antara anak didik kamu gagal? Tepuk dada tanya selera la...
Oleh itu, dalam jangka masa cuma tinggal +_ 2 minggu sahaja lagi sebelum SPM ni, para guru akan melakukan apa-apa sahaja yang terdaya, termasuklah mama. Anak-anak mama sendiri akan menghadapi PAT pada minggu hadapan, tapi mama tetap meluangkan masa untuk menyediakan latihan untuk anak-anak tingkatan 5, kerana mereka juga 'anak-anak' mama...
Panjang dah coretan mama, di bawah ni mama tunjukkan latihan menggunakan
Micrsoft One Note + Digital Ink
peergghh boleh conteng di skrin (Digital Ink)
Digital Ink
Digital Ink
Tulisan tadi boleh dipadam n ditulis semula oleh murid
Mama nak share semua latihan berpandu Trial SPM Pahang cikgu-cikgu boleh ambil ye..
okey, nak dipendekkan cerita, sapa kenal cikgu ni?
Beliaulah pengasas Digital Ink yang mama guna kat Microsoft One Note macam kat atas tu
Best kan? Kalau nak belajar, jom la join Bengkel KLEduTech 2017
Mama pun join untuk refresh ilmu dan tentulah nak tambah ilmu
