Sanggup ke?
Kisah amah dengan gaji RM700 untuk satu jenis pekerjaan membuatkan mama terfikirkan sesuatu. Apa salahnya kalau jadi 'bibik' untuk suami. Mama nak pilih kerja jaga anak, kemas rumah, membasuh, menggosok baju, dan memasak. Jumlah 5 jenis kerja kalau didarabkan dengan 700 bermakna RM3500, ditambah OT pada setiap sabtu dan ahad, 8 kali sabtu dan ahad sebulan didarab 100 = 800. Bermakna pendapatan kasara bibik RM4300. Wow, boleh tahan tu. Tapi angan2 mama tak mungkin kesampaian sebab suami mama tak mampu nak membayar bibik sebanyak tu, sebab tu mama kena kerja juga untuk berkongsi beban perbelanjaan rumahtangga kami. Mama timbulkan kisah ni, untuk membuka mata para suami. Bayangkan, tugas rutin yang dilakukan oleh para isteri sebenarnya tidak ternilai harganya. namun sampai bila, para surirumah tangga dianggap bukan sebagai kerjaya?.. Adakah sampai surirumah ditukar sebagai 'amah' baru tugas murni ni dianggap sebagai kerjaya? Walaupun surirumah tidak memberikan pulangan ekonomi terhadap negara, namun kejayaan mereka mendidik anak2, memberikan impak besar terhadap kepimpinan masa depan negara. Jom, para isteri, kita 'tuntut' hak kita? Bukan nak berdemo tapi setakat nak menyedarkan para suami, peranan para isteri ni besar... dah le bekerja tolong suami, malah jadi 'amah' tak berbayar di rumah. Tapi yang jelas, bayarannya amat besar di 'sana' nanti,..itu janji-Nya.....
tapi yang jelas amah Indon takkan dibayar 1 kerja RM700 pun,.....
Published with Blogger-droid v2.0.4