Mama pasti semua orang dah ikuti bajet 2013 petang tadi..
Penutup bajet Najib yang sungguh unik
Siapa sokong bahawa penutup bajet 2013 tadi begitu unik? Bagi mama, memang unik cara DS Najib menutup ucapan bajetnya. Beliau nampaknya menggunakan segala saluran yang ada untuk berkempen agar seisi masyarakat di Malaysia memilih semula kerajaan sedia ada pada PRU 13 nanti. Mama rasa, belum ada PM sebelum DS Najib yang sebijak ini mampu menggunakan segala saluran yang ada semaksimum mungkin untuk mengajak rakyat memilih kerajaan sedia ada. Tindakannya pasti menimbulkan pelbagai kesan pro dan kontra.
Bajet kali ni juga pasti menyebabkan ramai kakitangan awam tersenyum lebar kerana menerima bonus 11/2 bulan gaji. 1/2 bulan diterima sebelum raya, 1/2 bulan pada Disember dan 1/2 bulan lagi pada Januari. Pengumuman beliau disambut helaian tawa sinis pastinya daripada pihak pembangkang. Begitu juga bagi pengumuman BR1M 2.0 yang bakal diberi pada Januari. Kesemua gula-gula ini diberikan pada Disember dan Januari menjelaskan lagi bahawa PRU13 bakal menjelma, selewat2nya November atau awal Disember nanti. Bijak kan PM kita... nak bagi gula-gula tetapi kenalah bagi juga sesuatu kepada pemberi gula-gula iaitu memangkah mereka.
Namun, tindakan DS Najib ini kalaupun bukan kerana PRU13, tujuan beliau memberi kesemua gula-gula pada Disember dan Januari juga bagi mengelakkan rakyat Malaysia terutama para guru dan ibu bapa enjoy sakan semasa cuti sekolah. Almaklum, bonus banyak maka panjanglah langkah mereka untuk 'menabur duit'. Jika bonus pada Disember bolehlah digunakan untuk persiapan persekolahan dan pada Januari, bolehlah disimpan kerana pada bulan tersebut tiada sebarang perayaan dan bukan cuti sekolah pun. Pada bakal-bakal pengantin, tersenyum lebar le sebab dapat menokok simpanan untuk hantaran. Kebiasaannya pada bulan April cuti sekolah, kan banyak majlis walimatulurus... Bijak kan PM kita?... Alhamdulillah...
Susah sangat nak kaya, asyik tunggu bajet je.. dah tu habis bonus kering balik... jadi kalau nak tau tips cepat jadi kaya, layan cara UAI pulak, insyaallah...
Published with Blogger-droid v2.0.8