Sukar untuk mencari susu tepung atau susu formula terbaik untuk anak-anak kerana susu ibu merupakan susu terbaik yang tiada tandingannya untuk mereka. Untuk dapatkan maklumat tentang penyusuan susu ibu di sini. Namun, oleh sebab beberapa kekangan, ibu-ibu terpaksa memberikan anak-anak susu formula. Banyak pilihan susu formula, tetapi susu mana yang terbaik?
Iklan susu tepung Anmum jelas mengelirukan, namun menerusi blog ini diterangkan secara panjang lebar apakah kelebihan susu Anmum dan penjelasan sebenar susu tanpa gula. Dalam entri ini pula dinyatakan kenapa mereka bertukar kepada susu Anmum dengan slogan better late than never. Namun begitu, seperti semua sedia maklum susu Anmum bukanlah dalam kategori susu-susu 'murah'. Harganya setin menjangkau RM 60-70. Bagi ibu-ibu berpendapatan sederhana, untuk membeli setin susu dengan harga sedemikian agak membebankan. Tambahan pula jika ada lebih daripada seorang anak yang minum susu tepung. Ramai akan kata, kekal je dengan susu ibu.. Tapi, lebih mudah berkata daripada mengalaminya sendiri. Tidak mungkin ada ibu yang tidak mahu menyusukan bayinya sendiri, namun rezeki mempunyai susu yang banyak tidak dimiliki oleh semua ibu. Baca artikel ini.
0% gula sukrosa jua?
Mama cuma gunakan susu Dutch Lady 123 dan 456 perisa madu untuk anak-anak. Bukan soal harga yang mama utamakan, namun kandungan susu ini setanding dengan susu-susu yang jauh lebih mahal. Malah susu ini juga mengandungi 0% kandungan gula sukrosa. Dapatkan maklumat lengkap di Dutch Lady Smart Moments.
kadang-kadang mama rasa bersalah, kakak Iman guna Mamex Gold sehingga 4 tahun
Abang Syami guna Mamex Gold sehingga 2 tahun
Adik Dahiyah? cuma DL 123
bersalahkah mama?
Salahkan kenapa harga susu terus naik, bila bajet diumumkan barang-barang yang turun harga / diberikan subsidi barangan mewah seperti handbag... etc, susu terus mencanak naik. Dulu masa kakak Iman Mamex Gold 1.5 kg baru RM 60++, sekarang? Rasanya dah melebihi RM 120++ setin.