Ada ibu sanggup menjual anak di FB?
ooohh...
Mama ada terbaca kisah ibu menjual anak di FB..
Dalam masyarakat banjar pun ada kisah 'menjual' anak ni, jika baby tidak berhenti menangis, siibu akan 'menjual' baby kepada orang lain dan kemudian membelinya semula dengan tujuan 'sawan nangis' tu terjual sekali dan apabila dibeli semula baby sudah tidak asyik menangis aja.. Itu antara usaha orang tua-tua untuk mengatasi masalah sawan nangis baby
Mama rasa ramai ibu bapa terutama yang bekerja berasa tensyen apabila bayi mereka asyik menangis walaupun semua usaha sudah dilakukan..
Kakak iman masa baby pun macam tu.. apabila dibawa berjumpa orang untuk 'disembur' .. org tu kata kakak sedih tinggalkan 'kawan' kakak masa dalam perut aka tembuni.. nanti lambat laun sawan nangis akan hilang sendiri katanya..
Puas jugalah orang di taska mengeluh karenah kakak iman dan akhirnya apabila umurnya setahun, tangisannya terhenti hilang begitu aja..
Anak-anak mama yang lain pun kuat menangis time baby, tapi tak le seteruk kakak iman sampai kena 'jual'!! Tapi bila dilihat pada muka mereka, ada urat melintang antara mata kiri dan kanan, betul-betul bawah dahi.. dan orang kata tu urat nangis!! Betulke?
Baru-baru ni, masa baca post di FB, mama terjumpa artikel ni tentang hadis nabi...
"Jangan pukul baby dalam masa setahun umurnya kerana..
4 bulan pertama baby akan bersyahadah.. la illah haillah
4 bulan kedua baby akan berselawat
4 bulan ketiga baby akan mendoakan ibu bapanya.."
Ma sya allah... setiap kejadian ada hikmahnya rupanya,..
Dalam ibu-ibu menghadapi karenah baby yg suka menangis, rupa2nya baby mendoakan kedua2 ibu bapanya!
Malunya mama sehingga 'memarahi' baby yang bersyahadah, berselawat dan mendoakan mama!!
Published with Blogger-droid v2.0.9