Tentu banyak guru SPM yang tercari-cari soalan Percubaan SPM dari Kelantan dan MRSM. Memang agak sukar untuk mendapatkan soalan dari kedua-dua negeri dan sekolah ini. Almaklum, banyak orang kata soalan Kelantan ala-ala soalan SPM sebenar. Soalan MRSM pula boleh digunakan untuk menilai kemampuan sebenar calon SPM sekolah masing-masing kerana tentu sahaja soalannya agak mencabar. Apabila calon SPM sekolah kita mampu menjawab soalan MRSM, tentu saja kita dapat mengukur kemampuan sebenar mereka. Jadi, pada sesiapa yang ingin download soalan percubaan tersebut, bolehlah dapatkannya di sini.
Buat pengetahuan semua, muat turun ni hanya untuk soalan percubaan SPM Bahasa Melayu sahaja. Kredit mama ucapkan kepada laman ini kerana berkongsi soalan Percubaan SPM 2012 semua negeri. Jomlah ke laman web Bahasa Melayu SPM selepas muat turun soalan di blog ni ye. Harapan mama agar semua calon SPM 2012 mampu melakar keputusan yang cemerlang. Para guru hanya mampu berusaha apa-apa sahaja demi kecemerlangan para pelajar, namun usaha ini tidak mungkin berjaya tanpa komitmen dan kesungguhan jitu daripada semua calon SPM 2012.
Mama doakan semua calon SPM 2012 SMKBBSS
terutama murid 5b & 5k memperoleh kejayaan cemerlang..