Enty tentang shopping lagi, tetapi kali ini shopping sambil join contest sambil ada peluang untuk menang! Jom la mencuba nasib kita...
Jika mama ada RM 1212, mama akan beli barang-barang ini. Tujuannya untuk memudahkan tugas mama, almaklum sebagai guru majalah, mama perlu ada semua kelengkapan agar tugas mama lebih tip top.
![]() |
wow.. jika ada camcorder lengkaplah aksesori mama untuk memuat turun bahan dalam e-majalah |
![]() |
Jika ada benda ni, boleh la mama menambah dana kelab fotografi dan majalah dengan menjual gmbar secara spontan, x perlu sambung pada printer atau pindahkan gambar dari hp ke laptop!
Inilah dunia guru walaupun cuti, namun fikirannya tetap untuk sekolah, tetap untuk anak didiknya. Jika kedua-dua barang ini mampu mama miliki dengan rm 1212 itu, mama bukan sahaja dapat melengkapkan aksesori untuk melahirkan e-majalah dan menambah dana kelab, malah mama dapat melatih anak didik menjadi juruvideo yang mahir. Mama juga mampu menanam ciri-ciri uahawan muda dalam diri anak-anak didik mama. Seterusnya, selepas mama berjaya merealisasikan impian mama, rakan-rakan guru yang melihat kemudahan yang mama miliki turut akan tertarik untuk membelinya. Sudah tentu trend membeli secara online di Lazada akan menjadi pilihan utama rakan-rakan guru.
Ok, pada sesiapa yang mahu join contest ni, bolehlah baca syarat2 di bawah ataupun klik Tuan Blog di bawah banner di atas. Good luck untuk semua...
|