Tangan Aiman kecut lama sangat mandi... |
Kakak pun kecutttt... |
Dahiyah takut 'dimakan' bujang senang... |
Masing2 pakat tunjuk *****t.... |
Sepanjang lima tahun di sini, inilah pertama kali mama mandi bersama. Baru terasa seronoknya mandi bersama ni. Siapa sangka, mama yang 'pemalu' ni menerima ajakan untuk mandi bersama. Setelah mandi bersama ni baru mama terasa betapa eratnya hubungan kami warga sekolah. Lepas ni, kalau ada peluang, mama akan mandi bersama rakan-rakan dan paling penting, dengan anak2 mama.
Selain mandi bersama, pernah tak dengar tentang mandi songsang? Kalau tak pernah, jom amalkannya kerana mandi songsang banyak khasiatnya...Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Menurut satu artikel cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Nak tahu faedah mandi songsang, klik sini, dan sini dan klik sini juga.
Bot terdampar je dipukul ombak.... |
Layanlah gambar2 anak mama seronok sangat mandi bersama di Desa water Park, Cheras sempena Hari Keluarga kelab sekolah mama. Dari pagi sampai petang mereka bermain air sehingga tak sedar tangan habis kecut. Malah, kawan2 yang menyertai telematch, sakit2 badan sebab jarang2 bersukan, tetiba ambil bahagian, tentulah sakit seluruh badan. Tapi yang penting, kami syok sangat....benarnya
Sebenarnya, bukan setakat mandi songsang, mandi biasa-biasa pun bukan setakat dapat menghilangkan kekotoran di badan, malah lebih daripada itu manfaat mandi. Jom baca manfaat mandi yang lain, kalau dah tahu, mesti lepas ni pakat ramai2 nak mandi bersama...