PSY : oppa gangnam style vs top artis malaysia 2012...
Semasa menonton Buletin Tv3 semalam terdetik di hati mama.. patutke?
Tak kisahlah duit 2 juta tu datang dari mana tapi patutke?
Kesian top artis kita dianaktirikan sedangkan artis korea yang buta bm tu ditatang bagai minyak yang penuh.. patut ke?
Semalam pm kita pun berucap dlm bahasa inggeris sedangkan khalayaknya 'simata sepet dan sihidung kemek' sebelah rumah je, patutke?
Itulah 'orang kita' ... yang dari luar diagung2kan, tak kisahlah artis ke, bahasa ke, pokoknya 'orang punya' yang lebih bagus...
Teringat mama kisah di sekolah.. cikgu ni berebut nak ajar moral atas alasan mudah nak mengajar dan berinteraksi dengan bahasa ibunda., opppssss .. kan cuma matematik dan sains boleh diajar dalam bi, bukan bahasa ibunda ye!, tu pun secara soft landing akan diajar dalam bm sepenuhnya...
Kalau bukan pemimpin yang tunjukkan teladan, macam mana bm akan dimartabatkan? Macam mana artis tempatan akan dipuja?
Cuba sekali pemimpin kita dengan megahnya berucap dalam bahasa melayu di hadapan bangsa cina atau india, apa kisah mereka tak faham kerana memang tak sepatutnya mereka tak faham, kan malaysia sudah merdeka 55 tahun, tak kan masih tak boleh berbahasa melayu? Kalau bukan kita, siapa lagi nak bermegah dengan bm dan artis tempatan?
Tertanya2, bilalah kita nak jadi macam Indonesia, megah dengan bahasanya....