JOM JEMPUT PTS
antara produk PTS, tentu anak murid kita suka kan..
fuuiiihh tak sabar nak beli produk PTS nih
Sekolah mama akan menjemput pihak PTS ke sekolah untuk program Pasca PT3 dan Pasca PAT Tingkatan 4. Yang penting, jemputan adalah percuma malah pihak PTS menawarkan 2 aktiviti secara percuma. Jika berdasarkan banner tu, pihak PTS juga akan menyumbang buku bernilai RM 300 kepada pihak sekolah dan juga sesi aktiviti mewarna. Lumayan dan berbaloi-baloi kan? Pihak sekolah dah blok tarikh 25.10 dan 26.10.17 ni. tau. Sekolah cikgu2 pun boleh menjemput pihak PTS juga. Maksimumkan aktiviti Pasca peperiksaan dengan aktiviti berfaedah seperti ditawarkan oleh pihak PTS ini.
Aktiviti yang pihak sekolah mama minta :
1. Trak jualan buku PTS dengan harga promosi (2 hari)
dari 8:00 pagi - 3:00 petang
2. Sumbangan buku
3. Bengkel untuk Pasca PT3 (25.10.17)
Bengkel Origami & Bengkel Komik
4. Bengkel untuk Pasca PAT Tingkatan 4 (26.10.17)
Bengkel Motivasi Belajar & Bengkel Komik
Jika cikgu-cikgu nak menjemput Pihak PTS juga, mama share
file KK, AJK, Jadual Kelas Trak Buku dll mengikut format SPSK tau
nanti mama share foto hari kejadian ye..