Hari ini dari pukul 10.00 hingga 12.00 Iman belajar asas al-Quran teknik al-Baghdadi tau...
seronoknya iman dengan ketuk-ketuk dia
haaa.. ketuk lagi
ala-ala duck face konon
jom tengok video iman..
Sebenarnya dah daftarkan kakak iman sejak januari lagi tapi Mac baru dapat belajar. Kononnya kata cikgunya kelas awal dah penuh, kena tunggu kelas akan datang.. tunggu punya tunggu, akhirnya pertengahan Mac dapat juga kakak Iman belajar teknik al-Baghdadi ni.
Seronoknya Mengaji di Oasis
Selain daripada melihat iklan di Giant, kakak iman meronta-ronta nak belajar teknik ni bila dia tengok rancangan Seronoknya Mengaji di Astro Oasis. Setiap hari dia tanya bila kelasnya akan bermula dan hari ni, kakak Iman bangun awal-awal pagi untuk pergi ke kelas. Time mama tinggalkan kakak dengan ustazahnya tadi, mama curi-curi dengar apa yang berlaku di kelas. Ustazahnya kata, ada seorang 'bidadari' baru dan diminta 'bidadari' memperkenalkan dirinya. Nampaknya tercapailah hasrat kakak Iman nak jadi princess setiap kali tengok Barbie kerana hari ini dia dah menjadi 'Bidadari'... Keluar je dari kelas, 'Bidadari' bercerita macam tak cukup mulut dan yang pasti dia tak sabar-sebar nak menunggu Ahad minggu hadapan..
Jom baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Teknik Al-Baghdadi... dan modul-modul yang ada..
Published with Blogger-droid v2.0.9