Macam bagus je kan....
Awal-awal tahun dah mengomel, awal-awal tahun dah merana...
www.sekolahmalaysia.com
http://sapsnkra.moe.gov.my
Tugasan online untuk guru-guru ini adakah satu dilema atau suatu benda yang harus kami syukuri? Seingat mama dulu, zaman abah dan mak mama jadi cikgu, tak ada semua website 'khas' untuk guru ni, tapi keputusan peperiksaan murid tetap tepat pada masa dan bantuan susu dan makanan tambahan untuk murid miskin tidak pernah tercicir. Namun, cikgu-cikgu sekarang, selain sibuk dengan pelbagai borang yang perlu diisi, malah dibebankan pula dengan tugasan online. Cuba angkat tangan cikgu-cikgu yang mampu menyiapkan semua tugasan online ni di sekolah? Yang pastinya, kami ada dateline yang harus dipatuhi dan tugasan ini terpaksa kami curi masa berharga kami bersama-sama anak-anak untuk disiapkan! Ramai yang kata, gaji guru sekarang jauh lebih 'besar' berbanding gaji guru dulu-dulu... tapi mama rasa tiada tugas lain yang memerlukan pekerjanya 'mencuri' masa di rumah untuk menyiapkan kerja masing-masing, malah kami menggunakan waktu tengah malam, iaitu semasa tidak ramai guru yang online, semata-mata untuk menyiapkan tugasan!... Kalau pegawai bank balik pukul 9 malam untuk menutup akaun, kami pula kena bangun pukul 2 atau 3 pagi untuk menyiapkan tugasan online, kerana pada waktu dinihari inilah bilangan yang online kurang, jadi 'line' agak lancar...
Dilema atau Disyukuri?
Cuba jawab secara ikhlas....