Tentu cikgu-cikgu, terutamanya cikgu bahasa sering menghadapi masalah ini. Masalah untuk menyuruh murid membaca dan mengisi Buku Nilam. Pelbagai alasan diberikan, termasuklah alasan tiada buku untuk dibaca di rumah. Jadi, untuk mengatasi pelbagai alasan yang tak masuk akal ni, cikgu-cikgu boleh gunakan alternatif ini ya. Kita manfaatkan penggunaan VLE Frog. Vle Frog : Mudahnya Bacaan NILAM kerana Vle Frog menjadi platform untuk guru-guru meletakkan himpunan buku yang boleh dibaca oleh murid-murid. Caranya? Tak susah kerana laman e-NILAM sudah disediakan untuk kegunaan guru-guru.
Biar gambar berbicara betapa mudahnya e-NILAM
Jika cikgu-cikgu ingin menggunakan laman e-NILAM untuk mendapatkan bahan bacaan atas talian, bolehlah melayari link laman tersebut seperti di bawah :
Kita mungkin biasa mendengar keluhan guru-guru tentang beban membawa balik buku latihan murid yang berat. Cuba kita bayangkan jika guru tersebut mengajar sehingga 5 atau lebih kelas, tentu sahaja beban yang perlu ditanggung oleh guru tersebut lebih berat. Mungkin ada guru yang menyatakan bahawa kerja sekolah perlu diselesaikan di sekolah juga. Namun, mampukah kita? Jawapannya, mampu.. jika kita berubah kepada e-buku latihan murid. Jadi di sini, mama akan jelaskan bagaimana VLE Frog dapat bertindak sebagai e-buku latihan murid.
Sebelum mama terangkan lebih lanjut, cikgu-cikgu perlu buka laman VLE Frog menggunakan enjin pencarian Microsoft Edge kerana cikgu boleh anotate di sini.
Sebelum mama terangkan lebih lanjut, cikgu-cikgu perlu buka laman VLE Frog menggunakan enjin pencarian Microsoft Edge kerana cikgu boleh anotate di sini.
![]() |
Cikgu-cikgu perlu sign up dalam Padlet dan ikut semua arahan dalam apps tu kemudian cikgu klik tanda + di sudut kanan Padlet untuk menambah bahan |
Cikgu klik tanda upload (seperti dalam gambar), kemudian klik pick file, akan keluar pop up
pilihan file dalam desktop cikgu, jadi cikgu pilihlah file mana yang ingin diupload
(jawapan murid la) dan kemudian klik open
Sebelum terlupa, cikgu klik setting (bentuk macam gear) di sudut kanan atas Padlet) klik modify
dan klik semua macam dalam gambar.. cikgu boleh beri markah dll
Cikgu boleh tulis nama murid, tarikh latihan dsb, kemudian cikgu klik pada latihan untuk
besarkan gambar latihan tu
klik icon draw
klik pen dan cikgu dah boleh menanda jawapan murid hanya di hadapan laptop!
Semua langkah di atas juga boleh dilakukan oleh murid sendiri, murid menaip jawapan di rumah, kemudian upload jawapan ke dalam Padlet. Syaratnya, cikgu perlulah share link padlet tu terlebih dahulu.
Klik Laman e-buku latihan murid
(link ini cikgu perlu share pada murid
supaya mereka boleh muat naik jawapan mereka sendiri)
Ok, agak teknikal sedikit kan?
Tapi, percayalah.. usaha tangga kejayaan
Sekali cikgu dah buat dan berjaya, cikgu akan rasa keajaibannya..
supaya mereka boleh muat naik jawapan mereka sendiri)
Ok, agak teknikal sedikit kan?
Tapi, percayalah.. usaha tangga kejayaan
Sekali cikgu dah buat dan berjaya, cikgu akan rasa keajaibannya..
Esok rakan-rakan guru di Selangor akan mula mengajar semula selepas 2 minggu bercuti. Hari Rabu pula merupakan hari yang cukup memeningkan kerana ada kegiatan Kokuriklum, tambah2 jika guru-guru tidak bersedia dengan aktiviti yang dapat menarik perhatian murid-murid. Jadi, mama cadangkan jom kita buat Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya. Sambil buat Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya, sambil makan kuih raya yang dibawa sendiri oleh murid-murid. Jadi cikgu2 kena pesan murid-murid agar membawa kuih raya pada hari Rabu, sambil tu melakukan Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya, tentu menyeronokkan kan.
Jangan pening kepala kerana Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya ni mama dah sediakan, cikgu2 cuma perlu klik link Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya dan gunakan semasa aktiviti kelab atau persatuan cikgu-cikgu. Jom la klik link Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya. Pasti cikgu-cikgu akan tersenyum lebar. Barulah tak 'takut' lagi dengan VLE Frog kerana macam-macam boleh dibuat selain site PdPC, site Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya juga boleh disediakan. Bukan sahaja memudahkan kerja cikgu2, malah yang penting murid-murid suka!
![]() |
Klik link Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya |
Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya : Kahoot Raya
Kahoot Raya
Kahoot Raya
Kahoot Raya
Duplicate sahaja kuiz kahoot yang telah disediakan oleh cikgu-cikgu yang rajin
Kahoot Raya
Pemenang boleh dipaparkan pada skrin
Jawapan dan soalan juga boleh dipaparkan
Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya pasti menjadikan murid-murid teruja. Hanya klik sahaja link Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya. Opps, untuk murid-murid dapat main kahoot, perlu download aplikasi Kahoot.it daripada Playstore jika bermain menggunakan HP/ Tablet atau klik link Play Kahoot! jika murid-murid bermain di cb di makmal komputer. Selamat mencuba, selamat bermain dan selamat melakukan Aktiviti Kokurikulum VLE Frog Raya.
Baca buku percuma. Diharapkan apabila percuma, ramailah yang akan membaca buku. Tambah-tambah zaman tiada bonus Raya ni, maka ramailah yang mencari sesuatu yang percuma. jadi, jom baca buku percuma!
![]() |
Klik link di atas --> Klik Tab Bacaan Nilam --> Baca atas Talian --> Syurga Bacaan taraa.... anda akan memasuki Syurga Bacaan secara Percuma! Jangan lupa tinggalkan jejak ya.. |
![]() |
Antara bahan bacaan dalam Syurga Bacaan.. |
Jom kita budakan amalan membaca di samping membudayakan Frog ong ong ong...
Angkat tangan siapa kenal mr VLE Frog?
dashboardku...
dah bersite2 dah... 2 tuh..
Akhirnya, setelah 'mengagahi' diri menghadiri 1st bengkel VLE Frog, 'katak'ku telah mula 'melompat'. Walaupun lompatan tak setinggi mana, namun setelah 2nd bengkel nanti, katak ni rasanya mampu melompat lebih tinggi. Sedih rasanya kerana site yang beriya-iya dibuat ni x mampu ditayangkan kepada murid 5B time kelas tambahan hari tu, semata2 kerana semua plug dalam kelas tu x berfungsi! Kalau line yes slow boleh diatasi dengan personal wifi, kalau plug x berfungsi ada cara ke nak atasi? Mama rasa, semua kekangan remeh temeh ni le yang perlu diatasi sebelum VLE Frog ni pun di'kafankan' macam PBS?
Sebenarnya banyak info tentang VLE Frog ni untuk kita dapatkan, terutama buat rakan yang menghadapi masalah serupa dengan mama, 'katak' x mampu melompat jauh dan tinggi. Antaranya, kita boleh jadi rakan 'skodeng' di grup FB tertentu macam yang biasa mama lakukan.
taraaa... banyak tuh grup fb tentang VLE Frog nih...
lepas tu skodeng ka Youtube juga...
yang paling x boleh tahan... 'upah' jer...
Itulah kisah VLE Frog yang mama kenal... Tentu banyak kisah lain yang boleh dikongsi kan? Pada mama, setelah baca komen kat grup FB, VLE Frog ni dah baik dah, murid-murid suka kerana ada kelainan dalam pdp tapiiiiiiiiii.... line internet yang slow, kemudahan asas yang belum sempurna sepenuhnya, dan banyak lagi perlu diatasi sebelum projek ni turut 'dikafankan' macam PBS yang tinggal nyawa-nyawa ikan jer tu. Siapa suka kalau VLE Frog pun 'dikafankan' atau terus panjang umur?
Yang tak boleh tahan, bila dah 'terlajak' mencuba tanpa ilmu, tetiba nak edit tulisan dah x boleh..
yang keluar text je macam kat skrin...ada sesapa ada ide?
Tip paling hangat : jangan lupa tekan save changes tuh
Tengok jam pukul berapa? 2.13 am tau!!! Syok buat site ni, rasanya dah buat sampai 5 tab, tapi sebab x save changes, habis semua hilang, tinggal 2 je tab! Ni lagi satu kekurangan VLE Frog nieh, x boleh ke kita nak dapat semula apa2 yang kita dah buat kalau kita terforgot nak klik save changes tu??
*** perlu ada ilmu nak 'godek' VLE Frog ni, bukan pakai suka2 jer macam buat blog!!!